Thursday, November 17, 2016

Memilih susu yang sesuai buat baby monkey

Setelah memelihara dalam tempoh sebulan ini pelbagai jenama susu yang telah saya cuba.. 

Ini adalah pengalaman yang sangat berbeza dari membela seekor anak kucing.. Mendapat beberapa pandangan dan pendapat orang yang berpengalaman sangat di perlukan...

Sebulan pertama saya masih ragu-ragu adakah dia berak cair kerana dia masih takut-takut, atau dia masih kecil...

Mahu beli susu yang berjenama pelik-pelik nnt sukar pula untuk dapatkan stok tika kehabisan.

Akhirnya saya memilih DUMEX...


Terbaca keratan ini membuatkan saya terfikir.. tanda-tanda nya ada.. yang paling saya susah hati adalah apabila kerap berak cair dia juga mengalami luka di punggung sehingga berdarah & menyukarkan saya untuk mencuci nya kerana dia tidak selesa dan berasa sakit.

Akhirnya saya memilih susu DUMEX free lactose

Hari ini 18/11/2016 permulaan saya menyusukan gugurl dengan susu jenis ini. Moga ada perubahan yang positif

Wednesday, October 12, 2016

Senarai klinik Vaterina Kuala Lumpur



1. Kuala Lumpur Anicare Veterinary Clinic 90, Jalan 1/2F, Pusat Bandar Wangsa Maju, Section 5, Wangsa Maju. 03-4143 3273
2. Kuala Lumpur Animal Medical Centre Sdn Bhd Wisma Medivet, 8, Jalan Tun Razak. Taman Megah, Cheras. Brickfields. 03-4042 6742 03-7804 8684 03-2272 3553
3. Kuala Lumpur Animal Medical Clinic Kepong 03-6258 6139
4. Kuala Lumpur Animal Polyclinic and Kennels 147, Indah UPC, Batu 3½, Jalan Kelang Lama. 03-7982 8731 03-7982 4687
5. Kuala Lumpur Animal Zone 131, Ground Floor, Jln Segambut, Segambut. 03-6250 1996
6. Kuala Lumpur Bangsar Veterinary Clinic & Surgery 94, Lorong Maarof, Taman Bangsar, Bangsar. 03-2284 4051
7. Kuala Lumpur Brickfields Veterinary Medical Centre 114, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields. 03-2272 3553
8. Kuala Lumpur Chiong Fatt Sdn Bhd 15, Jalan 1/3, Taman Industri Selesa Jaya, Seri Kembangan. 03-8962 1372
9. Kuala Lumpur City Pets Veterinary Clinic Sdn Bhd 9G, Jalan Kasturi, Plaza Kasturi off Jln Balakong, Bt.11, Cheras. 03-9076 6911
10. Kuala Lumpur Companion Animal Veterinary Clinic 39, Jalan Hujan Rahmat 3, Taman Overseas Union. 03-7783 4778
11. Kuala Lumpur Damansara Heights Veterinary Clinic 79, Medan Setia Satu, Plaza Damansara. 03-2095 6877 016-283 2393
12. Kuala Lumpur DBKL-SPCA Neuter Clinic Jabatan Kesihatan DBKL, Jalan Air Jernih, Setapak. 03-4021 1682
13. Kuala Lumpur E & D Pet Shop / Kedai Peliharaan Haiwan 63, Lian Hoe Garden, Jalan Kuchai Lama. 03-7987 3168
14. Kuala Lumpur Everise Vet Clinic 72, Ground & Mezzanine Floor, Jalan Cheras, Taman Connaught, Cheras. 03-9100 1482
15. Kuala Lumpur Excelearn Stationers Enterprise 454, Jalan 18, Salak South Baru. 03-7987 0288
16. Kuala Lumpur Good Shepherd Veterinary Centre 160, Jalan Maarof, Bukit Bandaraya, Bangsar. 03-2095 4255
17. Kuala Lumpur Groomingdales 30, Jalan 3/109C, Taman Abadi Indah, 4th Mile, Jalan Kelang Lama. 03-7981 0158
18. Kuala Lumpur Hartamas Veterinary Clinic 9, Jalan 23/70A, Plaza Crystalville 1, Desa Hartamas. 03-6203 1814
19. Kuala Lumpur Hayward Animal Clinic 437, Jalan Ampang. 03-4256 3175
20. Kuala Lumpur Home Pet Food & Care 41, Jalan 1/149J, Bandar Baru Seri Petaling. 03-9059 3191
21. Kuala Lumpur Kanagasabai Veterinary Clinic & Surgery 14, Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden, Bangsar. 03-2094 3160
22. Kuala Lumpur Klinik Haiwan Genting Kelang 133, Jln Genting Klang. 03-4023 8272
23. Kuala Lumpur Klinik Haiwan Halige 30, Jalan Manis 4, Taman Segar, Cheras. 03-9131 7927
24. Kuala Lumpur Klinik Haiwan Pet's Ark 153, Jalan Lanchang, Taman Sri Bahtera, Cheras. 03-9130 3435
25. Kuala Lumpur Klinik Veterinar Ampang 37, Jalan Bunga Tanjung 8B, Taman Seraya. 03-4291 9390
26. Kuala Lumpur Kok Su Fen 22, Ground Floor, Jln 10/116B, Kuchai Entrepreneur Park. 03-7984 6598
27.Kuala Lumpur Kooi Lim Pet Kingdom 288, Jalan Tun Sambanthan (Brickfields). 03-2272 3933
28. Kuala Lumpur Leong Khai Siew 275, Ground Floor, Jln Genting Kelang. 03-4022 4478
29. Kuala Lumpur LPM Pets & Aquarium 401, Jalan Pudu. 03-9233 3440
30. Kuala Lumpur Macau Pet Trading 42, Jln 3/146, Bandar Tasik Selatan. 03-9065 8103
31. Kuala Lumpur Mutiara Animal Clinic Cheras. 03-9131 7418
32. Kuala Lumpur Perniagaan Lin Fong 53, Lorong Bangau Satu (78), Kepong Baru. 03-6274 8409
33. Kuala Lumpur Pet Care Veterinary Clinic 9145, Jalan Bandar 4, Taman Melawati, Hulu Klang. 03-4106 7515
34. Kuala Lumpur Pet Epicure Sdn Bhd 253, Jalan Bandar 12, Taman Melawati, Hulu Klang. 012-331 3318
35. Kuala Lumpur Pet Service Centre 147, Indah UPC, Batu 3½, Jalan Kelang Lama. 03-7982 8731
36. Kuala Lumpur Pets Corner Sdn Bhd 8, Jln Tun Razak. 03-4043 2424
37. Kuala Lumpur Pets Kingdom Care & Products 71, Jln 3/76D, Desa Pandan. 03-9284 4898
38. Kuala Lumpur Pet's Paradise Sdn Bhd 8, Jalan Tun Razak. 03-4043 5113
39. Kuala Lumpur Pets People Sdn Bhd Lot P-1-5, Plaza Damas, 60, Jalan Sri Hartamas 1, Bandar Sri Hartamas. 03-6201 1708
40. Kuala Lumpur Pets Station Enterprise 8, Jalan Burong Puchong, Taman Bukit Maluri, Keong. 03-6280 2839
41. Kuala Lumpur Pets Wonderland 3rd Floor, Mid Valley Megamall, Mid Valley City, Kuala Lumpur. 03-2284 3388
42. Kuala Lumpur Pusat Haiwan Kesayangan 23G, Jalan Ara SD 7/3A, Bandar Sri Damansara. 03-6272 4179
43. Kuala Lumpur R.K.Animal Clinic 3A, Jalan Jubilee off Jalan Loke Yew. 03-9222 9068
44. Kuala Lumpur Rainin Cats & Dogs Enterprise 58-G, Jalan Telawi, Bangsar Baru. 03-2288 1099
45. Kuala Lumpur Rene's Elegant Pets Salon 18A, Jln Utara, KL. 03-2148 1534
46. Kuala Lumpur SB Good Shepherd Animal Veterinary Clinic 132, Jalan Kasah, Medan Damansara. 03-7629 8074
47. Kuala Lumpur See Veterinary Medical Centre 47, Jln 1/149J, Bandar Baru Seri Petaling. 03-9056 3435
48. Kuala Lumpur Segar Pets Centre & Veterinary Services 2, Jalan Manis 3, Taman Segar, Cheras. 03-9133 4192
49.Kuala Lumpur Segar Veterinary Hospital 2, Jalan Manis 3, Taman Segar, Cheras. 03-9133 4192
50. Kuala Lumpur Sri Damansara Pet Medical Centre Bandar Sri Damansara 03-6274 9671
51. Kuala Lumpur State Pet Centre 53-55, Jalan 3/62A, Bandar Menjalara, Kepong. 03-6274 7775
52. Kuala Lumpur Taman Tun Dr. Ismail Veterinary Clinic 119, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr. Ismail. 03-7729 4296
53. Kuala Lumpur Wilayah Animal Clinic 46, Jln Development, Kepong. 03-6274 0096
54. Kuala Lumpur Wildlife Zoological Supplies Sdn Bhd 23-25, Jalan Sultan. 03-2078 5449
55. Kuala Lumpur Winner Pets Plaza 3, Jln Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr Ismail. 03-7729 4145
56. Kuala Lumpur Yee Shen Yaw 25, Jln Selimang, Taman Tenaga, Cheras. 03-9171 3323
57.Selangor 88 Pets Mart Sdn Bhd 20-22, Jln PJU 1/3D, SunwayMas Commercial Centre, Petaling Jaya. 03-7805 4478
58. Selangor Animal Health Clinic 1, Jalan 1/3A, Petaling Jaya. 03-7782 5573
59. Selangor A-Z Petcare Centre Sdn Bhd 55, Jalan Puteri 2/1, Bandar Puteri, Puchong. 03-8060 4223
60. Selangor Baby Pets Surgery and Veterinary Clinic 7-G, Jalan Equine 9D, Taman Equine, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. 03-8948 0040
61. Selangor Big Bone Pet Centre 23, Jalan 21/12, Petaling Jaya. 03-7874 5453
62. Selangor Buddy Pet Wagon 66, Jalan PJU 3/20C, Damansara Indah, Petaling Jaya. 016-248 9828
63. Selangor Bukit Tinggi Animal Clinic 8, Lorong Batu Nilam 1B, Bandar Bukit Tinggi, Klang. 03-3324 4051
64. Selangor City Pets Veterinary Clinic Sdn Bhd C1-00-27, Ground Floor, Jalan SR 1/9, Taman Serdang Raya, Section 9, Seri Kembangan. 03-8943 5680 03-8943 5602
65. Selangor CK Pet Shop 33, Jalan Snuker 13/28, Seksyen 13, Tadisma Business Park, Shah Alam. 03-5519 6784
66. Selangor Damansara Animal Centre Sdn Bhd S1, Ikano Power Centre, No.2, Jalan PJU 7/2, Level 2, Mutiara Damansara, Bandar Utama. 03-7725 2257
67. Selangor Deal One Venture Sdn Bhd 21A, Ground Floor, Jalan BRP 6/10, Bukit Rahman Putra, Seksyen U20, Sungai Buloh. 012-903 8338
68. Selangor Denise Dylan Grooming and Pets E-45-G, Jalan PJU 1/45, Aman Suria Damansara, Petaling Jaya. 03-7803 9702
69. Selangor Ecowild Pet House 19, Jalan Opera EU2/E, Taman TTDI Jaya, Seksyen U2, Shah Alam. 03-7847 6186
70. Selangor Exotica Pets 42G, Jalan Pandan Indah 4/6B, Pandan Indah, Ampang. 03-4291 1998
71. Selangor Furry Friend Pet House 47, Jalan SS22/23, Damansara Jaya, Petaling Jaya. 03-7727 1928
72. Selangor HaiwanKu 4, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A, Section 9, Shah Alam. 03-5511 1846
73. Selangor Hand "N" Paws C-17G, Jalan PJU 1/45, Aman Suria Damansara, Petaling Jaya. 03-7804 6539
74. Selangor Healing Rooms Veterinary Clinic Lot 29, Ground Floor, Wisma Dicor, Jalan SS 17/1A, SS 17, Subang Jaya. 03-5637 6166
75. Selangor Heshmael Clinic For Pets Sdn Bhd 21-1, Dataran Sunway, Jln PJU 5/13, Kota Damansara, Petaling Jaya. 03-6156 2478
76. Selangor Hillpark Veterinary Medical Centre 18-20, Jalan Anggerik Eria AT 31/AT, Kota Kemuning, Shah Alam. 03-5122 8386
77. Selangor House of Groomers 22, Jalan SS 15/4, SS 15, Petaling Jaya. 03-5880 9288
78. Selangor Imadi Pet Clinic 27, Jalan BB 31/BB, Seksyen 31, Kota Kemuning, Shah Alam. 013-3881218
79. Selangor Jingles Pet Foods 30, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A, Section 9, Shah Alam. 03-5511 80.140 Selangor K Nine Friends Pet House 56, Jln SL 1/3, Bandar Sungai Long, Cheras. 03-9080 3829
81. Selangor Klang Veterinary Clinic & Surgery 20, Lorong Kasawari 4, Jln 5, Eng Ann Estate, Klang. 03-3426 229
82. Selangor Klinik Haiwan & Surgeri Dhillon 19, Section 11/2, Jalan Bukit, Petaling Jaya. 03-7955 1370
83. Selangor Klinik Haiwan & Surgery Wawasan 27, Jln Wawasan 2/22, Pusat Bandar Puchong, Puchong. 03-5882 0755
84. Selangor Klinik Haiwan Lian 255G, Jalan Sentosa 41, Taman Bunga Melor, Klang. 03-3345 1828
85. Selangor Klinik Haiwan Sim 31, Jln Leboh Klang, Taman Berkeley, Klang. 03-3341 9140
86. Selangor Klinik Haiwan Yuan 3, Jalan 1/22, Pandan Indah, Ampang. 03-9274 3746
87. Selangor Klinik Veterinar & Surgeri PC G-2, Jalan Sri Hijau 14, Taman Sri Hijau, Rawang. 03-6092 0510
88. Selangor Klinik Veterinar Mayo 11A, Jalan USJ 10/1G, UEP Subang Jaya. 03-5637 7126
89. Selangor Lee Poh Yeen 20, Jln SS 23/11, SS 23, Petaling Jaya. 03-7803 0079
90. Selangor My Pet Club House 85, Lot 1571, Jalan Kg Jawa Batu 3, Kg Sungai Kandis, Shah Alam. 03-3374 4775
91. Selangor My Pet House 36, Jalan Semangat 14/14, Petaling Jaya. 03-7956 6168
92. Selangor My Pet Products Sdn Bhd 2250C, Jalan Kebun Tea, Sungai Buloh New Village, Sungai Buloh. 03-6140 5286
93. Selangor Mypet Distributors Sdn Bhd 46, Jalan USJ 10/1E, Subang Jaya. 03-5635 9492
94. Selangor N N Pets House 7-9, Jalan SS21/60, Damansara Utama, Petaling Jaya. 03-7728 7043
95. Selangor Octoview Corporation Sdn Bhd 57, Jalan SS 2/64, SS 2, Petaling Jaya. 03-7874 0282
96. Selangor Perniagaan Jumbo 20, Jalan SS 5B/2, Petaling Jaya. 03-7874 4499
97. Selangor Pet Pals Pet Centre 20, Jalan SS 23/11, Taman Sea, Petaling Jaya. 03-7803 0079
98. Selangor Pet Shop Bandar Utama (Pet Safari) S1, Ikano Power Centre, No.2, Jalan PJU 7/2, Level 2, Mutiara Damansara, Bandar Utama. 03-7722-2400
99. Selangor Pet's Buddy Station 9A, Jalan SS 24/11, Taman Megah, Petaling Jaya. 03-7880 4648
100. Selangor Pets Wonderland 886-C8, Jln Subang 9, Taman perindustrian Subang, Petaling Jaya. 03-8024 9508
101.Selangor Philos Veterinary Clinic 925, Jalan 17/38, Happy Garden, Petaling Jaya. 03-7954 1997 019-668 2615
102. Selangor Purrfect Pet House 6, Jalan Wangsa 2, Taman Wangsa Ukay, Hulu Klang. 03-4106 3608
103. Selangor Pusat Burung Gim Beng 115, Jalan Reko, Taman Desa Seroja, Kajang. 03-8733 4133
104. Selangor Pusat Burung Gim Beng 115, Jln 1, Desa Seroja, Kajang. 03-8733 4133
105. Selangor Pusat Haiwan Ampang 2, Jalan Watan 4, Taman Sri Watan, Ampang. 03-4292 9973
106. Selangor Pusat Haiwan Ara Ampang Ampang 012-381 7003
107. Selangor Pusat Haiwan Taman Muda 34, Jln Bunga Tanjung 9, Taman Muda. 03-4294 3410
108. Selangor Rawang Pet Mart 43, Jln Bandar Rawang 1, Pusat Bandar Rawang, Rawang. 03-6092 2217
109. Selangor Ringht Angle Animal Clinic 7-1, Ground Floor, The Right Angle, Jalan 14/22, Seksyen 14, Petaling Jaya. 03-7960 1822
110. Selangor Ruby Pets Clinic 42, Jalan 6/31, Petaling Jaya. 03-7782 1142
111. Selangor Scooby Doo Pet House 18, Lorong Batu Nilam 21A, Bandar Bukit Tinggi, Klang. 03-3324 0500
112. Selangor Sea Park Animal Polyclinic 49, Jalan SS 2/30, Petaling Jaya. 5, Jalan Bukit Desa 5, Taman Bukit Desa, Petaling Jaya. 03-7875 3457 03-7984 385203-7984 3852
113. Selangor Sea Park Pet Supplies Sdn Bhd 35-37, Jalan SS 2/55, Petaling Jaya. 22A, Jln PJU 5/15, Dataran Sunway, Kota Damansara. 03-7874 0682 03-6157 1257 03-6157 1257
114. Selangor Sherithans Pet Centre 63, Jalan SS 19/6, Subang Jaya. 03-5635 1690
115. Selangor Sim Animal Clinic 68, Jalan SS 14/2, Subang Jaya. 03-5638 0836
116. Selangor St. Angel Animal Medical Centre 56, Jln Bandar 13, Pusat Bandar Puchong, Puchong. 03-5891 1884
117. Selangor Subang Animal Centre Sdn Bhd 9, Jalan SS 18/6, Subang Jaya. 03-5636 9008
118. Selangor Subang Pets Paradise 15, Jalan USJ 11/3, USJ Subang Jaya. 03-5636 0301
119. Selangor Subang Pets Product 55, Jalan SS 18/6, Subang Jaya. 03-5636 4319
120. Selangor Summ Pet Shop 3370, Jalan 18-31, Taman Sri Serdang, Seri Kembangan. 03-8948 4715
121. Selangor Tails Unlimited 63-G, Jalan SL 1/4, Bandar Sungai Long, Kajang. 03-9076 5762
122. Selangor The Fish House Pet & Aquarium 45, Jalan Kenari 21, Bandar Puchong Jaya, Puchong. 03-8070 1511
123. Selangor Thomas Animal Clinic & Pets Corner 15, Jalan Mempelam off Persiaran Raja Muda Musa, Klang. 03-3371 7734
124. Selangor Transmarco Concepts Sdn Bhd 4, Jalan BK 1/15, Bandar Kinrara, Puchong. 03-8076 8825
125. Selangor UKAY Animal Centre Sdn Bhd 6, Medan Damai Ukay, Jln Pinggiran 1, Ulu Klang, Ampang. 03-4257 5677
126. Selangor University Veterinary Hospital Universiti Putra Malaysia, Faculty Of Veterinary Madicine, UPM Serdang. 03-8916 3528
127. Selangor Wee Animal Clinic 8, Lorong Batu Nilam 1B, Bandar Bukit Tinggi, Klang. 03-3324 4051
128. Selangor Wonder Pets World 56A, Leboh Enggang, Taman Orkid, Klang. 03-3344 1585
129. Selangor Yee Fatt Aquarium 7, Jalan 20/16, Paramount Garden, Petaling Jaya. 03-7875 7462
130. Selangor Yeoh Veterinary Clinic & Surgery 126, Jalan SS 24/2, Taman Megah, Petaling Jaya. 03-7804 8684

Thursday, October 6, 2016

Tips & keperluan memelihara anak monyet



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim


     Assalamualaikum semua, harini saya nak beri tips/keperluan & pengalaman saya menjaga anak monyet jenis cenakah/lutong. Sebenarnya membela anak monyet bukan lah sesuatu yang mudah & membela monyet tidak sama seperti kita membela kucing/anjing atau ikan. Monyet memerlukan perhatian penuh, makanan dan minuman yang segar, tempat tinggal yang selesa, dan persekitaran yang sesuai. Jika anda memilih monyet sebagai haiwan peliharaan, sangat tidak digalakkan. Lagi-lagi sekirannya anda adalah seorang yang sangat sibuk bekerja, mempunyai anak-anak kecil yang masih dalam jagaan tuan/puan atau anda sering ke luar negara untuk bekerja atau bercuti bersama keluarga. Ia juga tidak digalakkan kepada anda yang masih belajar, tidak kira sekolah/kolej. Jika anda membuat keputusan untuk membela juga, ambik masa untuk fikir masak-masak adakah keputusan anda tepat. Pastikan anak monyet dijaga dengan baik. Dan mengapa ingin memiliki mereka ? Mari kita mulakan :-

TIPS
  • Pastikan anda tahu tujuan untuk membela dan mengapa ? Adakah kerana mereka comel atau anda betul-betul teringin membela mereka. Dan tanya lah diri anda, adakah anda sudah bersedia untuk memberi sepenuh perhatian kepada mereka. Dan sudah bersediakah anda untuk memikul tanggungjawab untuk membela mereka ?
  • Pastikan anda kenal ramai orang yang membela monyet/kera. Supaya anda dapat nasihat atau rujukan jika monyet anda sudah mula makan/sakit & membesar. Supaya anda tahu apa yang harus dilakukan nanti.
  • Pastikan anda sudah mendapatkan doktor yang sesuai #doktorhaiwaneksotik. Hati-hati kerana bukan semua doktor haiwan ada kepakaran tentang haiwan eksotik seperti monyet dll.
  • Pastikan keluarga anda bersetuju dengan keputusan anda, kerana bukan semua orang suka kan monyet. Dan ada sesetengah orang yang geli kerana monyet sejenis haiwan yang berbulu.
  • Pastikan anda memberi monyet anda makan makanan yang segar dan tidak rosak. Contohnya :- buah-buahan busuk, roti yang sudah berkulat, biskut yang sudah lemau/masuk angin dan jangan sesekali biarkan mereka makan makanan yang susah terjatuh dilantai atau makan benda-benda yang tidak sepatutnya. Contohnya habuk, mainan bayi yang boleh ditelan, dll.
  • Pastikan susu yang diberikan segar (tidak basi) dan pastikan anda mengunakan botol yang sudah dicuci bersih. Supaya mereka tidak sakit perut & dan sila pastikan susu itu dibancuh dengan air suam/panas. p/s doktor : jangan baringkan monyet ketika menyusu. 
  • Pastikan sangkar dan tempat tidurnya bersih dan tidak terlalu serabut. Letakkan kain yang banyak supaya mereka selesa untuk tidur. Dan letakkan patung (bear) yang tidak terlalu besar/kecil. Pastikan mereka selesa untuk peluk. Anda juga harus belikan mainan untuk mereka bermain. Contohnya :- Tali untuk bergayut, saya syorkan beli tali yang bawak anjing jalan-jalan tu. Beli banyak-banyak dan ikat dalam sangkar. Pastikan sangkar besar dan luas.
  • Jika anda ingin mandikan monyet anda / mahu basuh najis mereka. Pastikan anda mengunakan air suam. Jangan terlalu panas dan jangan telalu sejuk. 
  • Pastikan anda membeli pampers yang bagus dan anda harus tebuk/koyak sedikit dibahagian belakang bontot untuk ekor nya.     

KEPERLUAN 
  • Susu- Belikan mereka susu bayi manusia ikut umur monyet anda, . Contohnya :- Dugro, Dutch Lady. Tapi sekiranya monyet anda tidak mahu minum susu tepung, cubalah susu kambing atau tanya doktor anda.
  • Pampers- Belikan pampers yang sesuai, jangan beli pampers yang terlalu murah. Takut mereka gatal-gatal.
  • Bedak- Pakaikan bedak dibontot, supaya tidak luka dibahagian bontot mereka.
  • Botol susu- Pastikan anda beli botol yang sesuai bagi mereka. Jika boleh jangan campurkan botol untuk susu dengan air-air lain. Jika anda ingin memberi air lain. Pastikan menggunakan botol yang berlainan.
  • Baju- Oleh kerana mereka duduk/tinggal bersama manusia. Jadi anda perlulah sediakan baju yang boleh dipakai oleh monyet anda. Atau anda boleh tempah atau jahit sendiri. Pastikan baju itu tidak terlalu ketat. Kerana mereka sangat aktif. 
  • Makanan- Sila dapatkan nasihat dari doktor. Jangan beri makanan yang berminyak/bergoreng. Jangan beri makanan sesuka hati. Mereka boleh sakit perut. Jika monyet anda cirit birit. Maknanya makanan yang dibagi tidak sesuai. Hentikan...
  • Sangkar- Beli sangkar yang besar, supaya anda tidak perlu membeli sangkar terlalu banyak. Beli je yang besar terus. Pastikan ada tali dan mainan supaya mereka tak bosan dan mereka boleh bergayut.
  • Tali- Tidak digalakkan tapi kalau monyet anda sudah besar. Dia akan lebih suka bermain jauh-jauh ketika anda diluar rumah. Jadi untuk keselamatan pakaikan tali. Kalau boleh tali tu tak terlalu menyiksa mereka.
SOALAN
  1. Bilakah waktu sesuai untuk memberi susu kepada monyet anda ? - Kalau monyet anda masih bayi dalam lingkungan 0-2 setengah bulan. Biasakan minum susu setiap 3 jam. Kalau umur mereka sudah cecah 3-5 bulan boleh lah naikkan setiap 4jam. Tapi jangan terlalu kenyang. Kalau boleh dapatkan nasihat doktor.
  2. Bilakah usia monyet boleh makan ? - Pada pendapat saya. Saya tidak galakkan bagi makanan pada usia 0-6 bulan kerana usus mereka masih tidak matang. Ia boleh membuat usus mereka luka & kemungkinan boleh mati. Macam bayi manusia juga. Tapi tolong pastikan anda betul-betul dapat kepastian dan nasihat daripada doktor haiwan anda. Dia lebih tahu tentang mereka.
  3. Makanan apakah yang harus diberi ? - Kalau kali pertama anda mahu memberi mereka makan. Saya syorkan makan makanan yang 'plain' seperti nasi putih. Ia adalah pengenalan bagi perut mereka supaya perut mereka tidak terkejut. Terpulang kalau nak lenyek atau gunakan pengisar. Jangan bagi makanan keras. Pastikan makanan itu lembut & sesuai untuk mereka, contoh lain pisang, kurma.
  4. Boleh kah ketip kuku mereka ? - Jawapannya boleh, tapi jangan terlalu pendek hingga ke isi. Ia boleh berdarah. Pastikan sentiasa ketip kuku mereka. Kerana jika anda biarkan kuku memanjang dan baru nak potong. Monyet akan sakit dan kuku akan berdarah. 
  5. Boleh kah mereka mandi ? - Ya, tapi pastikan mengunakan air suam. Gunakan sabun yang sesuai dan sabun yang lembut. Seperti sabun bayi. Pastikan mereka memeluk sesuatu ketika mandi. seperti patung. Ia supaya mereka tidak rasa takut. Saya syorkan mandi pada usia 3 bulan keatas. Waktu itu mereka sudah pandai berjalan dan bergayut. 
  6. Kenapa mereka bising ? - Pertama, mungkin mereka takut (dalam sangkar) dan mahukan anda untuk peluk dia. Kedua mengantuk & mahu tidur bersama anda, & ketiga kemungkinan lapar susu.

P/s : Pastikan anda dapat nasihat doktor dan orang sekeliling. Jangan terlalu percaya apa yang ditulis. Jagalah mereka sebaik mungkin, berilah perhatian penuh kepada mereka, sayangilah mereka seperti anak. Kerana mereka juga memilik nyawa seperti kita. Apa pun berserah lah kepada Allah s.w.t dan berdoalah agar mereka sihat dan gembira bersama kita. Berlembutlah dengan mereka. Kerana kita lah ibu/bapa kepada mereka. Fikir sebaik-baiknya jika anda betul mahukan mereka..... Bersabarlah dalam menjaga mereka, "Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar" ... Sekian.

Tuesday, September 6, 2016

LUTUNG


Lutung

Lutung
Duskyleafmonkey1.jpg
Langur Francois
Klasifikasi ilmiah
Kerajaan:Animalia
Filum:Chordata
Kelas:Mamalia
Ordo:Primates
Famili:Cercopithecidae
Genus:Trachypithecus
Reichenbach, 1862
Tipe spesies
Trachypithecus auratus
Spesies

17, baca téks

Lutung (atau dalam bahasa lain disebut langur) merupakan kelompok monyet Dunia Lama yang membentuk genus Trachypithecus. Secara garis besar, lutung tersebar di dua wilayah: Asia Tenggara (Indiabarat daya, Tiongkok selatan, Kalimantan, dan Bali) dan India selatan berikut Sri Lanka.

Lutung berbadan langsing dan berekor panjang. Warna bulu (rambut) tubuhnya berlainan tergantung spesiesnya, dari hitam dan kelabu, hingga kuning emas. Jika dibandingkan dengan kakinya, tangan lutung terbilang pendek, dengan telapak yang tidak berbulu. Ukuran lutung berkisar antara 40-80 cm, dengan berat 5-15 kg; pejantan berbadan lebih besar daripada betinanya. Tonjolan di atas matanya membezakan lutung dari saudara dekatnya, surili (siamang)

Lutung hidup di hutan, terutama hutan hujan. Sehari-hari bergayutan dan melompat dari satu pohon ke pohon lainnya, lutung termasuk haiwan siang (haiwan diurnal), dan sangat aktif pada pagi dan petang hari. Haiwan ini hidup berkumpulan antara 5-20-an yang dipimpin oleh seekor jantan. Suara pejantan ini sangat nyaring, ditujukan terutaman untuk mengingatkan agar kelompok lain tidak memasuki wilayahnya.

Lutung termasuk herbivor yang terutama makan dedaunanbuah-buahan, dan kuncup bunga. bahan makanan yang cenderung keras ini boleh dicerna, karena lutung memiliki empat kamar pada lambungnya.

Biasanya, lutung beranak satu, dengan masa hamil tujuh bulan. Salah satu hal yang menarik dari monyet ini adalah anaknya yang berbulu keemasan, dan dipelihara oleh seluruh betina dalam kelompok. Seiring dengan bertambahnya umur, warna keemasan pada rambutnya ini akan semakin pudar berganti gelap hingga akhirnya mencapai dewasa pada umur 4-5 tahun. Haiwan ini bisa hidup hingga 20 tahun.


Kreadit to Wikipedia 



Friday, March 25, 2016

Tips Kecantikan : Kenali Jenis Kulit Muka Sebelum Membeli Produk Penjagaan Muka



Tips Kecantikan : Kenali Jenis Kulit Muka Sebelum Membeli Produk Penjagaan Muka

Sebagai wanita atau gadis-gadis mesti pernah mencuba pelbagai jenis produk penjagaan wajah bukan ? Mesti sangat ambil berat akan penjagaan kulit muka kan ? sebelum korang beli produk penjagaan wajah seperti pencuci muka , pelembab , penyegar , masker dan .sebaginya barulah tahu jenis kulit muka dahulu sebelum membeli produk tersebut , ini penting untuk menjamin kita beli barang dan berbaloi

Biasa golongan remaja adik-adik saya lah , ada 4 orang adik , 3 perempuan sorang lelaki , walaupun lelaki kemain suka benda-benda gini entah nak nampak macho lagi kacak katanya. Mereka selalu mengadu sukar untuk menentukan jenis kulit mereka. Ini kerana setiap kali mereka ke kaunter membeli-belah, ada sahaja jurujual yang memperkenalkan produk baru yang kononya memberi kesan mujarab , Lebih-lebih lagi apabila komen seorang jurujual terhadap jenis kulit yang dimiliki berbeza dengan jurujual yang lain. Sebenarnya, kebanyakan daripada petugas produk kecantikan hanya menitikberatkan jualan barangan daripada meluangkan masa untuk menganalisis dan meneliti tekstur kulit.

Sudahnya muka mereka berjerawat dan berparut tambah memburukan keadaan , adik saya seorang tu memang ada jeragat , kesian dia jeragat yang timbul dari lahir memang susah nak hilang , bila berjumpa dia akan tanya , “kak pakai produk apa ? “saya biasa lah jawab pakai apa , muka saya paling senang nak jaga asalkan cuci bersih , pakai pelembab dah siap. 


Jenis kulit muka dikenalpasti dengan merujuk kepada jumlah sebum yang dihasilkan dari liang roma.Kulit muka boleh dikelaskan kepada empat jenis iaitu, kulit normal, berminyak, kering dan kombinasi. Justeru, perlu diingat bahawa jenis kulit kita boleh berubah mengikut keadaan dan masa. Ia bergantung kepada tempat tinggal, perubahan cuaca, umur, perubahan hormon dan jenis produk kecantikan yang digunakan.

Oleh itu, haruslah ingat bahawa jenis kulit anda pada masa sekarang tidak semestinya sama lima tahun lalu atau lima tahun yang akan datang. Anda perlu melakukan pemeriksaan kulit dari semasa ke semasa.

Tips untuk lelaki kacak : lelaki kacak nak lagi kacak

Cara buat pemeriksaan sendiri terhadap muka mengikut jenis kulit

Kulit normal

Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini juga mempunyai kandungan air yang cukup.

Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, lihat sama ada liang roma muka anda masih kecil. Kulit jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis.

Pada sebelah tengah hari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipinya juga tidak selalu kering.

  • Rejimen penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda berubah kemerahan. Kemudian, gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim atau cecair pelembap sambil mengurut dengan jari-jemari menghala ke atas.

Kulit kering

Ia menghasilkan kurang sebum lalu muka kita tidak kelihatan berkilat. Pada kebanyakan masa, mereka yang berkulit kering mempunyai raut wajah yang kusam dan mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan.

Kulit jenis ini juga menggelupas sesekali dan kadangkala memberi efek rasa kurang selesa.

Anda juga harus memberi lebih perhatian terhadap garis-garis halus yang timbul ketika dimamah usia terutamanya di bahagian tepi mata, garisan senyuman dan dahi.

  • Tahap kelembapan dan sebumnya rendah. Satu-satunya cara untuk menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka yang berbuih. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.

Kulit berminyak

Ia seringkali dibenci oleh ramai remaja, termasuk orang lelaki. Kulit ini mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan seseorang nampak seperti tidak menjaga kecantikan diri.

Liang romanya juga besar. Sebab itulah seseorang mudah mendapat jerawat.

  • Bahagian hidung adalah yang paling aktif. Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah.

Kulit kombinasi

Ia menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu normal, kering dan berminyak. Secara amnya, kulit ini kelihatan normal tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang terasa kering dan berminyak.

Tempat yang biasanya kering ialah di bahagian pipi dan berminyak di zon T.

  • Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, namun ia mempunyai liang roma yang besar di zon T dan cepat mendedahkan seseorang kepada masalah jerawat. Gunakan jenis pencuci muka di waktu pagi dan krim pembersih di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering.
  • Gunakan losen penegang kulit untuk bahagian muka yang berminyak dan krim penyegar di bahagian yang kering. Bagaimanapun, akhiri dengan krim pelembap pada keseluruhan muka dan di bahagian yang kering.